UkuR Lah Baju D Badan SendiRi


Info Penampilan


Jika berazam untuk mengubah gaya atau cuba memberi penampilan baru pada diri tetapi berasa masih jauh ketinggalan dan masih dalam peringkat percubaan, anda boleh mencuba beberapa panduan di bawah: 

  • Jangan tiru gaya orang lain. Cari satu keistimewaan atau persamaan yang boleh digunakan, mungkin warna dan cara solekan mata, contohnya. 
  • Jangan membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan secara berperingkat lebih bagus daripada perubahan secara mendadak kerana ia boleh membina keyakinan diri setiap kali membuat perubahan. 
  • Rambut adalah satu aset penting yang mampu menghasilkan perubahan dan imej berbeza. Hati-hati sebelum memotong atau menukar gaya. Dapatkan nasihat jurudandan terlebih dulu. 
  • Pilih warna pakaian sesuai kedudukan dan kerjaya. Jika di bidang korporat, adalah sesuai menggunakan warna yang membuat penampilan nampak hebat. 
  • Enam bulan atau setahun sekali dapatkan solekan di pusat beli-belah yang biasanya membuat promosi solekan dan nasihat percuma bila membeli barangan kecantikan. 
  • Bertukar haruman. Jangan gunakan sesuatu haruman lebih dari 30 hari! Tahukah anda haruman berupaya menukar mood atau perasaan seseorang. Bila sukakan haruman yang dipakai, percayalah kegembiraan itu akan menyerlah di wajah dan penampilan anda. Setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya, dasar bunga lebih romantik, limau dan tumbuhan mencetuskan kesegaran dan keceriaan sementara bauan rempah boleh menghasilkan satu keyakinan. 
  • Gincu bibir memainkan peranan penting menyerlahkan wajah dan membuat orang mengingati anda dengan warna yang dipakai. Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari. 
  • Jika ingin mencuba warna terang dan lantang tetapi tidak berani, gunakan teknik berperingkat. 
  • Kunjungi salun rawatan wajah. Dapatkan rawatan wajah nyahtoksin untuk mengembalikan kesegaran. 
  • Kunjungi spa atau pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuat anda berasa segar dan sentiasa bertenaga. 

  • ^_^ Quality Life Begins ^_^

    No comments:

    Post a Comment

    Copyright© All Rights Reserved mizaerinacollections.blogspot.com